LASER
Laser berasal dari sengkatan ‘Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation’. Mesin laser adalah yang mengeluarkan cahaya melalui proses ‘optical amplification based on the stimulated emission of photons’. Cahaya laser adalah bertenaga tinggi dan mampu menghasilkan kepanasan apabila tertumpu pada jarak tertentu dan ianya digunakan dalam berbagai bidang perubatan seperti ‘microsurgery’, Aesthetic medicine dan lain-lain.

Kegunaan laser dalam bersunat adalah untuk pemotongan kulit kulup semasa sepitan dengan teknik Gullotin dan kemudian punca perdarahan perlu di ikat dan juga perlu jahitan seperti sunat konvesional. Kelebihan atau kebaikannya adalah laser menghasilkan potongan halus, licin dan kurang perdarahan serta kesan luka bakar yang terlalu halus iaitu sekitar 0.5 micron sahaja.
Kebanyakan sunat Laser yang di tawarkan oleh kebanyakan klinik adalah tidak menggunakan Laser sebenarnya, ini kerana sebuah Mesin Laser berharga tidak kurang dari RM250,000 jadi adalah tidak munasabah digunakan untuk sunat dengan caj RM150.00 sahaja. Biasanya yang digunakan adalah mesin eletrik bervoltage tinggi yang dipanggil Electrocautry.

